Thursday, December 29, 2005

A Hard Day's Night

It's been a hard day's night
And I've been workin' like a dog.
It's been a hard day's night.
I should be sleepin' like a log,

But when I get home to you,
I find the things that you do
Make me feel alright.

You know I work all day
To get you money to buy you things
And it's worth it just to hear you say,
You're gonna give me everything.
So why on earth should I moan?'
Cause when I get you alone,
You know a feel okay.

When I'm home,
Everything seems to be right.
When I'm home,
Feeling you holding me tight.
Tight, yeah.

It's been a hard day's night
And I've been workin' like a dog.
It's been a hard day's night.
I should be sleepin' like a log,

But when I get home to you,
I find the things that you do
Make me feel alright.

You make me feel alright.
You know I feel alright.

Beatles

Wednesday, December 28, 2005

Let's Move

Move it, move it....agaknya memang trend la kalau dah kuli tuh kenalah pandai jual diri, maksud aku marketing la. Ada org yg dlm setahun pernah kerja 4-5 company, contract basis, ader plak 5-10 tahun company tu jer, ader lagik best 25 tahun kat situ, jadi old timer. Kat company aku skrg ader org dah kerja kat sini 8-10 tahun dept IT. Memang aku tak percaya sebab pertama mcm mana org IT nih buleh stay lama, aku yg baru masuk dah nak blah. Kedua banyak mana gaji diorang dpt duduk kat sini dengan increament yg aku dapat tau tahun lepas increament diorang lebih kurang RM24, yg pada aku dah tak cukup. Lepas tuh ader plak mamat yg duduk dept finance jadi mcm clerk la, sebab dah 6-7 tahun di punya gaji mcm tuh jugak so dia cau pergi marketing. Katakanlah aku pon stay gak kat sini lagi 10 tahun dengan increament RM24 maknanya lagi sepuloh tahun aku baru dapat increament RM240 aduh pedihnya, tapi kalau cau sekarang company lain buleh offer lagi 7-8 ratus lagi increament. So bebudak IT kat company nih dah mula down sebab bonus pun kurang lepastuh increament pon skit.

Agaknya aku pon tunggu masa jer nih. Kalau dapat offer ja aku pon blah sebab bukan niat aku nak turndown kan company tapi kalau dah company pon takleh harap macam mana. Dari sudut lain berbaloikah kalau kita nih begitu setia dengan company tapi bila company nak cut cost dia main tendang ja kita. So kalau dah makan gaji tuh takyah rasa nak stay sgt. Aku pernah tak pegi satu interbiu company best sebab aku rasa aku dah cukup selesa kat company nih, bodo kan??????

Tapi ader gak interbiu yg aku pergi tapi tak best plak company tuh, itu kebodohan jugak tuh, sebab bila apply main klik jer.

* So sesapa yg nak gaji tinggi eloklah lompat-lompat company tuh skit lainla kalo gaji dah banyak eekkk.
* Kalo nak lompat sebab bos tak best itu lain la pulak, tapi kalo bost tak best mesti gaji pon tak best kan.

Wednesday, December 21, 2005

Interbiu

Aku : Assalamualaikum! Gud mornin!
Penemuduga :Walaikumussalam! Good....
Aku : Ehemehem......
Penemuduga : So you can start lah!
Aku : Mmmmmm.......my name is bla..bla...blaaaa, 3 years blaaaa......,now work at.......
Penemuduga : Masa first job tuh awak buat aper?
Aku : Buat system...bla..bla...asyik tukar fikiran...bla...bla....
Penemuduga: Kenapa nak cari kerja baru?
Aku : Sebab...sebabb....aaaa.......nak cari gaji yg lebih tinggi...more exposure....dlh hati(bosan, benci kat kompeni)
Penemuduga: Ooooo...kompeni nih...banyak nih...bagus sini...sana bagusss......
Aku :Dlm hati (Uish best nyer).
HR : Berapa gaji awak nak.
Aku : Nak banyak.
HR : Banyak mana?
Aku : lebih kurang......
HR : Berapa minimum tuh?
Aku : aaaa.......
Penemuduga: OK, terima kasih, kalau berjaya nanti kitaorang call.

* Tahun nih aku banyak pi interbiu. Dialog dia atas tuh adalah imaginasi aku selepas aku kena intebiu semalam.
* Bini aku rasa aku boleh bejaya dlm interbiu semalam, aku tak rasa apa-apa, cuma harap jer lebih.

Thursday, December 15, 2005

Sampah Yg Ditinggalkan

Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal nak membersihkan sampah nih. Lagipon somtimes memang kita kan membuat sampah , dan kita akan bersihkannya tapi kat kompeni nih, ader org yang tinggalkan sampah yang memang susah nak dibetulkan oleh org lain, dan yg menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja yang tertinggal, sebab masa apply kerja lain tak dapat.

So sebenarnya kisah aku, pasal sistem yang dibuat sebelum kedatangan aku kemari. Lepas 3 tahun sistem berjalan so ok lah, bug pon namp[aknya semakin berkurangan, tetapi pada hakikatnya lobang-lobang sikit punya banyak kat dalam, tak nampak sebab tak ada org cari pon. So benda macam nih amatlah kritikal. Masa nak buat sistem janji vendor bukan main manis, tapi dah lama banyak pulak user nih komplen kat aku, so aku pon balas balik "apasal dulu tak cakap?". Dia menjawab, "dulu sudah cakap tapi diorang buat lain" hahhh sudahhh. Macam mana nih? Aku dah baru setahun jagung, selok-belok sistem pon belum mahir, inikan nak memandai bantai vendor, so terpaksalah aku ikut ja apa yg dioffer oleh vendor. Tetapi lama kelamaan nampak mcm vendor nih main buat halai-balai ja dgn sistem nih, kalau siap pon mesti ada yg nak kena betuikan balik. Dah sembilan bulan dah aku kat sini tapi aku rasa mcm semalam aku join, dan hari nih aku rasa nak blah sebab sampah nih aku nak kena bersihkan, tapi taktau mcm mana. Kalau aku diberikan sistem nih, so bagi vendor tu blah, so ramailah kaum kerabatku akan aku tarik masuk untuk tolong aku. Tapi kalau dak aku lah yg blah.

Sejak akhir-akhir ni member-member kat sini pon semakin aktif jobstreet, siap umumkan pulak tuh kalau dah apply, dpt belum lagi. Aku pon sama, keadaan tak menentu kat sini, aku pulak tak tentu hala, year end dah dekat nak closing account lagi, aku nak kena check system lagi, nak check bugs lagi, nak ....ahalalala banyaknyer kerja yg boring. Ker aku takleh multitasking, dulu tempat lama ok. Serious kat sini memang lain. Ujian nih ujian...........ya ALLAH murahkanlah rezeki aku.


* Agaknya aku skrg tgh diuji kot? ker memang ini dah rezeki aku. yang mana satu ah.
* Kalau nak blah kang org ckp aku nih lari dari problem, rugi kompeni besaq, kalau tak blah aku yg pening.

Monday, December 12, 2005

Hi Boss

Hi Boss,

People who do lots of work...
make lots of mistakes

People who do less work...
make less mistakes

People who do no work...
make no mistakes

People who make no mistakes...
gets promoted

That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games at work
I need a promotion.

Saturday, December 10, 2005

Di Suatu Senja

Di suatu senja di hari yg lalu......, hujan renyai-renyai, pulanglah si hamba abdi dari tempat kerjanya. Hari yang hampir maghrib ditambah pulak dgn hujan renyai-renyai membuatkan badannya terasa lemah dan loglai. Sambil menuggang skuter matanya mengusyar sekeliling mencari-cari daun bunga raya. Dalam hatinya " Hai sebesaq-besaq KL nih pon susah nak cari daun bunga raya". Disebalik kesesakan Jln Loke Yew itu hatinya jauh mengenangkan anak yg demam panas hampir seminggu. Sesampai si abdi di tepi sebuah tasik tiba tiba matanya tertumpu ke satu tempat yg terdapat banyak sungguh pokok bunga raya. Tanpa membuang masa si abdi pon memberhentikan motosikal dan memetik seberapa banyak yg boleh. Selesai sahajamemetik bunga raya si abdi pon bergegas untuk pulang sambil menunggang dengan perlahan sekitar tasik dia ternampak sebuah Wira tengah park, didalam kereta ternampak dua merpati sedang memadu asmara, dalam hati "Hai, kat tepi tasik pon buleh on....hmmm lantak ko lah ".


p/s:daun bunga raya sesuai untuk mengurangkan hangat badan(terutama bagi org yg demam panas) dengan cara tuamkan air rendaman daun bunga raya kekepala, beromen disebelah pokok daun bunga raya tidak menhilangkan haba tubuh, tapi menaikkan suhunya......hehehehheeh.




Friday, December 09, 2005

Roadtax Ku Mampus

Ayah: Hang dah check bila roadtax mati Mohd?
Aku : Dak pon!
Ayah: Ayah tenggok tadi, hang tau bila mati?
Aku: Tak tau, bila?
Ayah: Bulan sepuloh hari tu lagi.
Aku: Aaaaa......habih tuh masa raya takdak roadtax la......dlm hati(nasib baik tak esiden ka).
Bini: Abang awat tak check dulu.
Aku: Mana nak tau.
Ayah: Nanti ayah suruh depa(agen) renew.
Aku:Duit lagi.

Aku sekarang dlm proses menghabiskan duit dengan membeli sebijik rumah teres. Dan aku dah lama kurang duit, tapi aku still kool sebab aku buleh makan nasi lagi, kalau tak habih aku. Nih roadtax pulak mai. Aku rasa nak cari kerja yang gaji lagi banyak. Dan minggu lepas seperti biasa ahpek yg selalu tipu aku hensem buat lagi dan aku kecundang RM250, huhuhhu raket badminton yg mahal dengan kasut sekali, stokin pon sama. Utang MARA pulak mengejar aku dari belakang, betul ckp Cikgu Kemahiran Hidup aku dulu, hidup ni ibarat gelung, kerja ,bayar kat org, kerja bayar kat org. Bila aku buleh keluaq dari gegelung ini(tak termasuk la la masuk kuboq )

Bye!


Thursday, October 27, 2005

Terkenang Zaman IMU

Huhuhhuhu...sedih aku bila teringat kat IMU dulu, kalau dekat raya nih mmg dah tak rajin nak buat kerja dah. Lepas tuh ada la bebudak dah start pasang lagu raya...hehehehe. Kat sini depa ni tak pasang pon lagu raya,mp3 pon susah nak dengar. Aku teringat kat tempat Zairol katil sebelah toilet yg aku ngan hafezh selalu lepak tuh, eheeehehhee mcm-mcm lawak yg ada kalau dah masuk kat situ. Lepas tuh aku teringat kat surau IMU yang banyak meninggalkan kenangan dekat aku, kat sini pon port aku ngan hafezh gak, melepak sambil melepaskan lelah. Tengahari lepas makan ja kami cabut pi surau, tidoq 1/2 jam. Lepas tuh kalau hari Jumaat la meriah, pi sembahyang ramai-ramai, lepas tuh lepak bawah pokok. Banyak kenangan di IMU sebab tuh aku teringat sgt, dari start aku bujang sampai aku kawin aku kerja kat IMU. Lepas tuh rezeki takdak, habih semua berselerak.

Lagi satu kalau bulan-bulan posa nih mesti opis ada organize bukak posa. Kat sini experience mcm tuh kurang la. Harap kan vendor jerlah. Kalau kat IMU cuti raya panjang, kat sini tak buleh sebab cuti pendek paling banyak pon 14 hari dia bagi setahun. Tapi kat mana-mana pon kalau dah dekat raya nih happy ja, iraq la tak kot. Tapi itulah suasana kat IMU dulu kadang-kadang aku syok pulak bila teringat balik. Kepada ex-cko Selamat hari raya maaf zahir batin.

Monday, October 17, 2005

Orang Melayu Terer

Sapa kata org melayu tak terer, org melayu terer pa, tapi dalam bidang yang lain la.
Contoh:

Motosikal:
Dulu masa aku kat sekolah depa kata Jepun tak reti nak buat motor, so bebudak kat malaysia nih modified sikit. Kalau handle motor tu nampak mcm straight diorang bengkokkan sikit bagi senang nak ambik corner, lepas tuh korang jgn ingat kereta jer buleh lowed motor pon buleh, depa lowed jugak depa kata Jepun tak reti, kalau lowed nanti senang sikit ambik lap. Kalau naik EX5 kan ada kotak angin, takmau depa tukaq letak air filter bagi angin yg masuk tuh bersih sikit, kusyen motor pon potong sikit bagi leper. Semua benda nih kepandaian org melayu, yang untung tokey kedai la, tiap kali nak modified pi kedai.

Kereta:
Benda nih aku selalu gak nampak tapi kat kampung la, signal kan kaler merah, so nak bagi nampak syok depa letakkan tinted hitam so nampak macam lampu hitam. Spring macam biasa la potong bagi rendah lagi, nak beli absorber yg buleh adjust tak mampu. Steereng kereta tukaq bagi jadi kecik lagi supaya nampak lagi sporty. Kalau kereta tu power steereng tak kisah, tapi kalau kancil tah la macam mana, sebab ada satu kes eksiden sebab stereng kereta susah nak control. Memacam la org melayu nih.


Mercun
Dulu kalau raya mesti dengar org main mercun, termasuk lah aku, tapi aku masa umur 11-12 tahun dah tak main sebab ayah aku marah. Mercun kalau yang dekat kedai bunyi kuat, tapi tak cukup kuat bagi bebudak kampung aku so depa modified, depa pakai belerang bunga api lepas tuh masukkan dalam besi paip ka takpon buat mercun sendiri, kreatif. Buat meriam jangan cakap la, buleh dengaq satu felda maunya.

Ni lah yang aku rasa area yg org melayu paling terer, aku tak tau la kalau korang ada yang lagi best.

* Jangan main mercun nanki kena tangan.

Friday, October 07, 2005

When It Goes High

There it goes the price is hiking, actually sometimes it's not fair to us when we buy from pasar ramadhan. Its happen beside me yesterday, when I was buying ‘asam pedas keladi’ for RM2, not so much but I think its enough for me, but for men beside me, he asking that kakak either can or not he want to buy ‘masak lemak siput sedut’ fro RM1 but that kakak told him that she sell it RM2. For me if we can buy for RM2 for sure we can buy for RM1, and the quantity of RM1 should be less than RM2. But there is a few seller who don’t want to do this. I don’t know why, maybe they want to sell it fast or take more money from it. But its not fare for customer who only want to taste it, because if we buy it too much than we will waste it. A lot of people want to buy variety of food but in small quantity so we can taste all, but some buyer doesn’t want it.

So that guy buys it for RM2. I think some of the food also not fair to their price, the taste is not that good as price. So this year ramadhan seems everything is high. For me I just keep it to only two or three type of food. As the month of Ramadan goes on there are a few people also who doesn’t feel anything. They dress like there is nothing happen around them, I think that can be consider normal, but this one happen to my friend a few years back in Johor. He was helping this brother selling kuih during ramadan, and one day there is a guy come to buy kuih from his stall, so after that guy buy that kuih he ate it infront of everybody at there, so everybody watched him and guess what he said “apa nak malu, makan depan org ramai, dah tak puasa tu buat la cara tak puasa, makan aje la”. That’s what my friends told me. I guess this guy is mad, of course if we didn’t fasting we can eat, but not infront of others. Puasa jangan tak puasa.


* Bulan posa aku dah tak buleh makan banyak la skrg ni, dulu ok ja kalau takat dua pinggan nasi.
* Wei takdak sapa ka nak buat majlis berbuka posa, posa gathering ok gak.

Saturday, September 17, 2005

My Birthday

I guess, i supposed to have a cake for my birthday...but I don't want that. I want something bigger hehhehehe(It's not woman). For the first time in my life I taking a short time in buying something for myself. It's my birthday actually that's why I want it and I want it and so it I do and now I got it. I had never celebrate my birthday, unlike others I guess, my birthday will go on as usual without something special, only wen I was in University there is a girl ask me to go for date , actually I asked, because my friend said she waiting for my invitation...hehehhehe. So that was my first celebration and after that It my birthday fill up with date with my wife.....until now, is happening, but I always asked myself how is the feeling when I make a big party (poolside party yeah!!!! hehhehe) and everybody singing a birthday song for me and we had a big cake and that night....girl....me.....big......bed....hehehehe.....enough!enough!enough!. Sound like I'm a son to a rich man, but would never happen and I don't want it to be happen to my son. And that all what happen to my birthday I only get present and card, present and card,present and card.

But this year I buy my own present, because I want to appreciate myself, I want to satisfy my feeling and my passion. I got myself a brand new motorcycle, yup!!!! yesss!!! is a motorcycle....no...no...not big motorcycle...its only a modenas scooter. I didn't care what ever other people says about scooter, hard maintenace, to big for cilok, modenas tak bagus, I don't care....its mine now, my precious red modenas elegan....hahhahahhahahahha. I bought it with my own money(0f course Allah gave it) and some contribution from my wife because I will send her to office with my scooter.

I went to see the scooter on 1 pm and after discussed with my wife about half an hour, I go to the salesman and he prepare everything. Then I pay some downpayment then I went to JPJ for registration, at 4 pm I finished all registration process and I go back to my house. After that around 5.30 I went back to the shop to get the scooter, so easy and fast. I'm the most happy man that day, Its new scooter....and I liked it very much. The feeling was different, cannot be say in word. Well I guess, I bought this just for preparation for the hiking oil price and our congested road.


* Now I'm a raider again, I thought I want to buy a leather jacket, saw a guy this morning very cool with leather jacket.
* Hafezzh(panggil macam prof ape tah!!!tak ingat nama) kali ni kalo ko nak tompang ok , sebab dulu motor kapchai yamaha aku tak laju, la! ok siap buleh potong lori kalau tak lepas, siap badan. hehehe.

Friday, September 16, 2005

Aku Kebuluran Sekarang

Ya Allah....jam baru 11:24 pagi. Bila la nak lunch time, perut aku nih dah macam harimau lapaq dah. Ini lah akibat dari tak sarapan pagi, aku ingat perut aku kebal so aku skip la pagi ni punya sarapan. Sampai opis dah dekat 8.25 pagi, so mana nak sempat sarapan lagi. Sekarang aku tengah menderita menahan lapaq. Ni kalau sua harimau tak pon gajah pon aku buleh makan. Aku nih memang jenis yang jarang ambik sarapan. Lain la kalau kat opis lama dulu....sarapan mau sampai pukul 8.45. Kat sini strict sikit, semamalam pon aku dah di beri teguran, aku punya mandur suruh mai awai sikit, takut nanti HR tak confirmkan aku. Lambat pulak aku tengok jam nih berjalan. Dah muak dah nih aku asyik dok minum air kosong dari tadi.

Aku kalau pagi makan kurang sikit, kadang-kadang tuh mulut tak berselera langsung. Tapi perut lapaq, macam mana tuh? Mau pulak makan kat bawah nih tak banyak pilihan langsung. Arghhh....laparrrrrrrr......tolong!!!!!

* Minggu depan aku sarapan dulu.
* Kepala aku dah tak buleh berpikir, asyik teringat nasik nih.

Tuesday, September 13, 2005

Sakit Hati Ker Memang Jahat?

Sebenarnya dalam dunia memang banyak jenis orang dari yang paling baik sampai yang paling jahat. Semalam ada la adik aku yang pompuan cerita pasal member dia. Dia kata member dia dah pindah rumah 2-3 kali sebab ada hantu kacau. Aku pon katalah awat tak halau hantu tu? Adik aku kata family member dia kena hantu yang orang lain hantar. Aku tanya lagi, sapa hantaq? Dia kata makcik member dia. Uish.....takdak benda lainka yang lebih berfaedah dari hantar hantu kat rumah orang.

Adik aku pon bukalah cerita lagi, family member dia sekarang duduk tanah yang diberikan kepada adik beradik mak-bapak dia. Ada sorang makcik dia nih macam tak puas hati sikit dengan depa. Sebelum kejadian hantu-hantu nih pon, adik aku pernah pi rumah member dia nih. Ada satu malam tuh dia cakap ada toyol yang tengah main ikan dalam akuarium dekat rumah budak nih. Memula family dia tak syak apa-apa la dekat makcik dia, tapi ada sehari tuh makcik dia nih bawak tulang ayam bagi kat family budak nih. Dah...dapat tulang free, apa lagi buat supla...apalagi semua pakat sakit, so pi lah berubat kat satu tempat. Tok moh ni la yang bagi tau pasal makcik dia yang hantar. Lepas pada tuh depa duduk lagi kat situ tapi, ok la lepas hantu dah blah. Tapi makcik dia hantar lagi sekali. Kali nih tak tahan depa pindah pi jauh sikit. Masa nak pindah tuh makcik dia nih tepuk tangan bila tengok depa nak pindah. La depa duduk kat tempat lain, hantu tuh tengah cari rumah depa, tapi tak jumpa lagi, sebab banyak rumah kat Malaysia ni.

Aku pon heranla sebab harta ada jugak yang sampai sanggup berbunuhan sesama famili nih. Aku takut gak nanti kalau ayah aku mati aku pulak hantar hantu kat adik aku. Tapi aku rasa dalam kes nih makcik dia nih dah kena rasuk la. Nih dah taksub sangat. Apa pon aku harap member-meber yang ada taklah jadi macam nih, dan aku sendiri. Adik aku cerita lagi, makcik budak ni bertambah sakit hati bila tengok famili member nih beli sofa baru, lepas renovate lagi rumah, buat dapor besar-besar. Hmmmm....tak tau la aku kalau dah busuk perut tuh memang susah nak cakap la.

* Setiap family ada masalah tersendiri, famili bapak aku pon ada gak cerita tersendiri, pening kepala aku.

My Birthday

I guess, i supposed to have a cake for my birthday...but I don't want that. I want something bigger hehhehehe(It's not woman). For the first time in my life I taking a short time in buying something for myself. It's my birthday actually that's why I want it and I want it and so it I do and now I got it. I had never celebrate my birthday, unlike others I guess, my birthday will go on as usual without something special, only wen I was in University there is a girl ask me to go for date , actually I asked, because my friend said she waiting for my invitation...hehehhehe. So that was my first celebration and after that It my birthday fill up with date with my wife.....until now, is happening, but I always asked myself how is the feeling when I make a big party (poolside party yeah!!!! hehhehe) and everybody singing a birthday song for me and we had a big cake and that night....girl....me.....big......bed....hehehehe.....enough!enough!enough!. Sound like I'm a son to a rich man, but would never happen and I don't want it to be happen to my son. And that all what happen to my birthday I only get present and card, present and card,present and card.

But this year I buy my own present, because I want to appreciate myself, I want to satisfy my feeling and my passion. I got myself a brand new motorcycle, yup!!!! yesss!!! is a motorcycle....no...no...not big motorcycle...its only a modenas scooter. I didn't care what ever other people says about scooter, hard maintenace, to big for cilok, modenas tak bagus, I don't care....its mine now, my precious red modenas elegan....hahhahahhahahahha. I bought it with my own money(0f course Allah gave it) and some contribution from my wife because I will send her to office with my scooter.

I went to see the scooter on 1 pm and after discussed with my wife about half an hour, I go to the salesman and he prepare everything. Then I pay some downpayment then I went to JPJ for registration, at 4 pm I finished all registration process and I go back to my house. After that around 5.30 I went back to the shop to get the scooter, so easy and fast. I'm the most happy man that day, its a new scooter. I never imagine that I can buy all this thing because previously when I bought my car, it was a secondhand and the feeling is different this time. Yeah!!!!!! I got a bike!!!!I got a bike!!!!I got a bike!!!!I got a bike!!!!.

* Sekarang aku pergi kerja naik motor, takat nak pi NAZA PJ tuh kejap ja aku berdesup.
* Hafezh kali nih ko jangan takut motor aku besar dah dari aku so ko buleh tumpang dulu ko tumpang yamaha 100 sport tak laju kali nih laju skit, siap buleh potong lori, kalau tak lepas siap badan.

Wednesday, September 07, 2005

Everything Back To Normal

Hmmmm..minggu nih semua nya dah kembali normal, diarhea dah abis. Cuma aku yang masih tercari-cari kerja baru. Buleh dikatakan tiap-tiap hari aku bukak jobstreet. Kalau jobtreet check IP aku mesti aku buleh dapat top list punya. Aku pon tak tau la pasai apa aku cari kerja lain, yerla dulu aku kata takut company aku buang orang tapi minggu lepas, lepas jumpa CEO dia cakap tak ada pemberhentian staff, ok la tuh. Tapi bagi aku, aku masih rasa macam tak syok ja kerja kat sini. Aku rasa macam kosong pon ada, rasa macam tak dapat apa-apa ilmu, ada la sikit...tapi semua tuh kebanyakannya tak menarik minat aku.

Dalam kepala otak aku ni, aku asyik teringat pasal duit. Kehulu kehilir duit jugak, kala dudu aku mula kerja kat kompeni lama aku tak kisah sangat, lepas tuh aku ada la nak gaji dlm 2 ribu, lepas tuh rasa cukup kot dapat 2 ribu setengah, la nih dah dapat lebih aku nak lagi. Masih rasa tak cukup...aih tak berkat ka gaji aku. Aku sebenarnya dah lama target nak keluar dari alam pekerjaan sebagai kuli nih. Aku ada la cita-cita nak jadi tokey sendiri, kalau tak ada pekerja pon takpa janji aku tak kerja bawah orang. Tapi tiap kali aku nak start ja mesti banyak pulak dugaan. Macam nak study buat mobile application, tiap kali aku nak buat time tuh la kepala aku rasa mengantuk la, kalau on PC pon aku pi main game, tak pon kalau time ada masa aku pulak layan movie, nih semua dugaan aku. Aku ni jenis bodoh sombong sikit...aik betul ke nih, eksyen? Aku jarang nak mintak tolong orang ajar aku, selalunya aku akan buat sendiri sampai buleh. Tapi kalau dah tak buleh sangat time tuh la aku jumpa orang. Takpa lah nak buat macam mana itulah aku...sebab tuh kat kompeni nih banyak benda yang aku taktau....dan sebenarnya semua benda tuh aku kena tanya orang....heheheh sebenarnya aku malu nak tanya orang. Tapi aku jenis explorer punya orang, kalu aku diam tuh ada la benda aku godek...macam sekarang nih kat kompeni nih ada satu program guna Centura, aku tengah godeh macam mana nak coding dalam nih. Tapi aku masih tak puas hati dengan kerja kat sini, aku pon confius.

Tiap-tiap hari aku balik kerja, masa berjalan nak pi LRT aku mesti layan dulu(berangan la), aku berangan nak buat application sendiri, lepas tuh lepak kat rumah, jual application kat internet. takpon duduk rumah bela kambing. Nih semua penyakit aku dari dulu lagi sebenarnya......kuat berangan. Aku berangan sambil berjalan, tak ke terer namanya tuh......sambil-sambil tu usyar awek kat situ dulu hehehheeh. Aku kalau bab berangan buleh samapai aku senyum sorang-sorang(syok sendiri). Tapi sebab berangan nih la jugak dulu aku buat final project kat U dapat dean list, padahal pointer aku kaput. Dulu aku masa kecik-kecik(umur 4-5 tahun), aku takdak member sangat, so main la sorang-sorang, aku pernah sembang sorang-sorang, lepas tuh cakap kat pokok getah...samapai pernah la tok aku cakap..."awang hang nih gila ka cakap sorang sorang". Aku cukup malu kalau ada orang tegur masa time tuh. Tapi la bila ada ramai orang aku pulak malas cakap ngan depa, tapi kalau member aku sembangla.

Kerja....kerja....kerja, jom kerja lagi cari duit. Com cari kerja yang buleh bagi lagi banyak duit, ala setia kat satu kompeni pon bukannya depa nak bagi kereta sebijik masa berenti....paling kuat seutas jam. Tapi kalau stay kat sini pon ok gak..mana tau dapat saham....hmmm bila nak dapat????Conpius kepala aku.


*Meskipon kerja aku sekarang agak mebosankan tapi aku bersyukur sebab masih ada kerja untuk aku, taktau la esok macam mana.

Monday, September 05, 2005

Diarrhea Attack Us

Agak malang agaknya nasib famili aku minggu lepas. Dah seminggu anak aku kena diarrhea, dan mangsa kedua ialah bini aku. Minggu lepas punyalah siksa sebab hari Jumaat minggu lepas tu kereta aku dah buat hal, so aku pi lah bengkel betulkan aircon. So balik dari bengkel tuh aku jengok2 lah sat kat Bandar Mahkota Cheras, nak cari rumah baru. So balik dari mahkota cheras aku bawak bini aku pi sekali lagi Mahkota Cheras. Lepas pi tengok, balik pulak rumah nak tengok anak aku, balik ja, adik aku bagitau Haziq cirit-birit.so kami ingat cirit-birit sebab susu so semua buat ok ja. So malam tuh bermulalah episod tak cukup tidoq semua orang, masa tuh badan Haziq dah start panas dah, so kami tuamkan sikit badan dia, so ok la sikit tapi esoknya suhu naik mendadak jadi 39 darjah celcius. Aku mula menggelabah sebab teringat kalau budak demam panas boleh mati ataupon terencat akal. So aku cepat-cepat la bawak pi klinik, memula memang ingat nak pi klinik tapi wife aku cakapdia ada GL dari BCB so kami bawak Haziq pi Ampang Putri. Masuk ja jumpa doctor, anak aku terus disahkan kena diarrhea. Anak kena tahan kat wad, nak tak nak emaknya pon kena duduk wad sebab nak jaga anak. So duduk la wife aku kat wad tuh 2 hari, hari ketiga dah boleh balik. Anak aku kena masukkan air sebab doctor cakap kurang air. Hari Ahad tuh lepas anak aku masuk wad aku balik rumah ambik semua barang untuk depa, lepas tuh aku mintaklah kat wife aku nak pi kenduri Pizli, memula tuh dia tak bagi pi sebab dia kata jauh, takut aku balik lambat. So aku cakap la sebab aku dah janji tapi dlm hati aku rasa bersalah jugakla sebab anak aku tengah demam dan cirit birit aku nak pi kenduri pulak. Tapi last sekali aku pi jugak, lepas aku pi amik Hfezh kat Tun Hussein Onn aku pi ambik Keon pulak. Lepas tu kati tiga ekoq pi rumah Din sebab dah janji nak pi dengan kereta Din. Sampai kat rumah Din kami tak tunggu lama kami naik ja kereta Din terus pi Sungkai. Dan aku memang tak bernasib baik hari tu sebab kereta Din rosak.tengah jalan lagi 20-30 km nak sampai rumah Pizli. Nasib baik la pengantin dah off, o dialah yang mai ambik. Petang tuh kami bali naik trak tunda.

Hari Selasa aku pi ambik anak aku, aku tengok dia dah ok. Sebenarnya hari pertama lagi dah ok sikit. Tapi berak masih sama jugak cirit birit, cuma dah tak muntah. Masa nak ambik tuh aku terkejut sebab tengok bil sampai dekat 2k. tapi aku bayaq RM137 ja sebab aga gurantee letter dari BCB. Balik rumah aku masih tak puas hati pasal bil tuh sebab anak aku baru masuk wad dengan tambah air lepas tuh ada la ubat sikit. Tapi nak buat macam mana hospital swasta. Malam merdeka kami semua dok rumah, tidoq awal, hari merdeka pon tak buat apa-apa. Semua lepak tengok TV. Keesokkannya hari Khamis anak aku dah sakit balik, asyik merengek dari malam sampai ke pagi. Pepagi lagi aku dah pi kerja tengahhari tuh aku ambik halfday. Balik rumah sat lepas tuh aku cakap kat bini aku , aku nak bawak balik kampung pi klinik pakar kat Kedah. So petang tuh jugak aku bertolak balik Kedah.


Sampai kat Kedah lebih kurang pukul 8 malam. Aku terus pi klinik pakar kanak-kanak, dah la penat drive, klinik tutup pulak hari tuh. Terpaksala balik dulu rumah, alhamdulillah, sebab masa dalam perjalanan anak aku ok ja, dia tidoq dari KL sampai Kedah. Perut dia pon dah ok secara tetiba, Cuma berak masih jugak berair. So malam tuh lepakla kat rumah mertua. Esoknya aku bawak jugak pi klinik, doktor kata dah ok Cuma la ni kena pakai susu tanpa laktosa, hmmm.....beli susu lah lagi. Nasib aku memang kurang baik, wife aku pulak sakit perut, dia pon sama macam anak aku jugak bila berak cair ja. Nasib baik aku tak kena. Hari balik KL wife aku nampak tak larat sgt, so aku suruh dia rehat kat seatt belakang, ala memang dia duduk belakang pon ngan Haziq, nasib baik anak aku jenis kalau naik kereta mesti tidoq, so tak la dia kacau mak dia yg tengah sakit perut tuh. Aku balik KL sampai dalam pukul 8.15 malam. Pagi tadi masa naik train dengan wife aku dia kata tak larat sangat sebab sakit perut. Hmmmmm…..takkan lepas wife aku, aku pulak kena diarrhea, takut jugak nih.


* Amalkan hidup sihat .

Thursday, August 18, 2005

Those Bloody Vendor

Every time I meet our vendor, I always ask myself why it’s so hard for them to finish this project. Is it a matter of time consuming or just you guys have a bad programmer. It’s already 5 days I’m waiting for them to solve live issue. I remember last week I meet them and told them about those error that happen inside the system, it seems that they cannot accept the problem and try to avoid it. And for me it cannot be accept because user spotted the mistake, and if the programmer cannot find it, so who is the programmer actually. When I just join this company, one of staff here told me that, always check for the vendor code, because they might not doing it correctly, and I even experienced it when one of this module already tested by my supervisor and already sign out, but suddenly when we want to deploy that module didn’t work. So we have to chase the programmer and sit beside him and make sure he’s doing it correctly. In one more cases, I have called the vendor, and asked him either can we extend the module capability from just printing receipt that has been key-in by user but also receipt generated by system, guess what? He said, he needs to create a new module for that so we have to pay for that simple problem, Bollywood vendor. I think it is bad to deal with this kind of vendor.

We already facing a problem with the system although it’s already on production, this is worse because we dealing with money. Luckily vendor still here, if the vendor left, I guess maybe we have to solve it by our own. If you want to know why our IT graduate is so hard to find a job, here is the problem. Actually there is a lot of project that involve with IT in our country, but most of them a using outside vendor, from India, and of course the programmer also from India. Its not to say their programmer is not good, but is it our Malaysian is so bad their knowledge. Issue of graduate cannot speak well in English, or lack of communication is an old issue; the Japanese not even can speak a single line of word. Still they believe they can do it, and they have done it, just see the electronic product. If we didn’t believe on our own people who is going to do it? Hmmm…..it just so pathetic to see our IT graduate being dump, of course fresh graduate is lack of knowledge and skill but please we can give them a chance. Anak kera disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

* Thanks to my former boss for gave a chance to show my talent and improve my knowledge and skills.
* Ni mana jubah Yahudi mabuk kau kutip? Kat sini- nih mana programmer mabuk korang kutip nih?
* Kesian gak aku tengok graduate nak cari kerja, termasuklah aku sendiri walau dah ada experience, kerja memang banyak kat malaysia tapi kalau hang ada degree takkan hang nak pi kerja buruh binaan ye tak?

Wednesday, August 17, 2005

Another Wave Coming

Without noticed it's already 6 month I been retrenched, and it’s already 6 month I joined this company. It was a pathetic time for me, for the first 3 month in this company, I was a looser in every aspect and nobody guide me through, only my ‘mandur’ gave some explanation what happened here. Overall here is OK, previous company was better, here I got a few friend from other department mine only the senior people sometimes say hi! Anyway it is a luck actually for me to joined here a day after the bad news. I never expected to be retrench, I hope I left it by say good bye to the HR, but things didn’t happen like that they dumped us together like rubbish. At the end we all lined up to received our last payment, ‘macam ambik gaji buruh’. Luckily Allah has prepared another place for me. That what was happened 6 month ago, now? Now there is rumors that another wave coming towards me, if last time I got my team mate to share the burden now I didn’t know how to share it, here I feel lonely and these rumors just make me nervous and always thinking the fate of my family and my son.

Rumors of VSS is okay, but retrenchment will make people like me suffer for a couple of month or a year or forever. The management decision of shared services is a good idea, but the bad is for us to accept it. Maybe for this moment they say, “we will utilized all of our manpower, and nobody is going anywhere”, what happened at the end is make me nervous. Insurance company the said is stable, but from my point of view, if there to many people on it somebody has to get out, so they can maximum their profit. Here they are trying to share IT from three Insurance company under this group into one, its not only IT but also finance, and HR. That’s mean 3 company will have one HR, IT and finance, that what I know.

I hope I can find job as soon as possible because I can feel the wave but yet didn’t see it. And if it comes I just can make a hope that some one can hold me; otherwise I will end up at home. With the problem of the vendor at here and all bugs inside the system developed by the vendor I feel more to move out from this place rather than stay for another couple of year. Just imagine how can you pay for a couple of million, to get a system just make more problems for you, and now these vendor using that bugs to gets more money from you. And sometimes they even try to “kelentong” you.

Since this company has end up their contract workers, a lot of pending job to be settle, plus more, there are also a high volume of sign off including the HR Asst Manager. I just pray to get another job, better pay or anything is better, can arrr?


* Korang ader kerja kosong tak?
* Aku rasa lagi baik jaga lembu la, dari kerja ngan org nih, makan gaji nih kerja tak menetu, ikut dan ja nak buang org.

Friday, August 12, 2005

What They Talked

Why in this world we have to compare what we have with others, and especially women, huh now women will may not like me. But this is true, I guess!!! It seems that most of us will make comparison with others, although we know that would never bring anything to us, but maybe give some inspired idea how to improve ourselves. But sometimes comparison just bring out an enemy instead of an idol. In my office..pssst….now a group of lady start talking about their friend behavior, and they just don like her because she is ‘suka menunjuk-nunjuk’. After a few minutes of waste some of their times (I hope they can sit down at their place and play solitaire) and they gone. Now maybe you guys say that I’m “curi-curi dengar”, hey come on they talk it in front of my place, actually it was my Project Manager place. Sometimes I enjoyed too, hihiihii….every time they talk I can heard that they relieve their anger, good anger management. They covered almost every material topic from car till underwear (I guess).

I just don’t talk too much in my office, except with guys. Today no conversation yet, maybe after this afternoon they will come have another. Yesterday converstion a little bit hot, “ala baru beli kereta waja dah nak menunjuk-nunjuk, yang kiter nih ader unser tak cakap pon” . Ya Allah selamatkanlah aku dari api neraka mu, aku terpaksa mendengar semua ini. Now see, sometimes we think that person is so menunjuk-nunjuk, but what happen when we said it too it show that we are more than that. Ader lagi ayat power org pompuan nih kalau korang nak tau contoh: “Zaman kiter pakai kat kredit dah habih dah, biarlah dia pulak nak pakai kad kredit”. There some more “ala bayar itu pon nak guna kat kredit”. Sometimes it infected my wife too “Ain dah lepas bertunang, sikit-sikit my fiancee”. Hahhaha…beware pizli, almost women have this habit. Hafezh ok kot, but not to say that it was to bad, but it just irritating when they say it in front of me, for me what ever they say or do it, it was their own business, but sometimes it infect me too “duduk rumah kecik, pakai kereta sikit punya besaq” but it not always.

Women love to do that more than men, men when they do it they do it inside, keep it and they blow it when it become trouble. Just don’t make it as a weapon to insult our own friend although we may don’t like her but she still human, human its natural to make a mistake. We love to do it, because so we can show that we have something that they don’t have. Like this, “ko dah beli ps3, aku baru beli semalam”, it just not correct its better like this “aku semalam dah beli ps3, ko nak try dak” hahahahha 2x5. Anyway human is human, arrogant. There is another style menunjuk-nunjuk, pakai seluar jeans lowcut nampak spender brand apa, especially girls, hhahaha tak boleh diterima akal. Kalau pakai brand scuba taknak pulak dia tunjuk.

Huhu let we all left it first and go for solat Jumaat. Aku bukan nak menunjuk ha ini memang kenyataan hari Jumaaat memang kita kena pergi solat Jumaat. Mintak ampun bebanyak. And then those conversation come again. Women, forgive me it not all of you like that but sometimes obviously it was made it from a group of you. Dah la aku nak sembahyang pulak.

* Aku skrg malas nak layan kalau ader org cakap menunjuk-nunjuk, mampos ko la.

Wednesday, August 10, 2005

Cuaca Oh Cuaca

Makin hari makin teruk aku tengok keadaan cuaca la. La nih pula kurang hujan, ditambah dengan jerebu nih, aduh sakit mata memandang berat lagi hidung nak bernyawa. Aku baru saja balik dari kampung, terus jadi macam culture shock pulak tengok. Sebab masa dekat Kedah keadaan tak teruk macam KL nih. Bila balik mai rasa macam pi Cameroon Highland pulak, cuma beza dia, tak sejuk. Dulu masa aku kecik-kecik aku nak pi sekolah kayuh "gerek", sampai kat sekolah aku pegang muka aku ada wap-wap air, sejuk oooo, itu kabus ok tapi la nih. Tapi la nih aku rasa kalau kayuh "gerek" mau dapat selsema, lepas tuh tekak mesti rasa kasar sikit.

Minggu lepas aku pi tukaq aku punya aircon, kedai melayu, ok la dia buat. Tengah tukaq tu aku ada sembang sikit dengan mamat nih. Aku cakap, dulu org naik kereta tak payah aircon pon , pasang kipas pon dah ok, lepas tuh dia kata dulu banyak pokok, la nih semua tebang nak buat perumahan. La nih org dah tak gunakan kedinginan pokok-pokok dah untuk sejukkan suasana, tapi ramai yang pilih pakai air-con, pelikkan, dari yang tak kena bayaq terus kena bayaq. Kalau rumah kat taman tak pasang aircon siap la, kalau rumah tuh atas bukit ok la sikit sebab ada angin lalu. Lagi satu aku heran arkitek mana yang design rumah kat malaysia nih, kalau rumah teres tuh, dia punya pengudaraan, masyaallah, kambing pon tak tahan kalau tak pasang kipas atau aircon. Kalau musim panas mau masak daging. Kalau rumah flet ok sikit sebab tinggi ada la sikit angin masyuk.

Tapi itu lah kenyataan dunia hari ini, cuaca tak menentu, ditambahkan pulak dengan rumah yang panas. Kat opis satu hal, kalau sejuk, sejuk sangat macam peti ais. Tapi kes jerebu nih memang dah kronik, mau-mau kalau hujan lebat sekali baru ok sikit. Pagi tadi aku tengok kat luaq pukul 8 pun rasa macam pukul 7, matahari jangan cakap la, dah dua hari aku tak tengok. Nih kalau tak ok jugak maunya perintah berkurung nih. Klinik swasta la nih tengah naik sikit la income sebab ramai sakit, hehehe duit lebih la sikit.

* Aku tak berapa suka sangat aircon, takut nanti bibir aku kering dan merekah.
* Sekarang rumah design lebih kurang ja, kalau teres 2 tingkat, lebih kurang sama macam rumah panjang Sarawak. Agaknya arkitek tuh dpt idea dar i Sarawak kot.