Sapa kata org melayu tak terer, org melayu terer pa, tapi dalam bidang yang lain la.
Contoh:
Motosikal:
Dulu masa aku kat sekolah depa kata Jepun tak reti nak buat motor, so bebudak kat malaysia nih modified sikit. Kalau handle motor tu nampak mcm straight diorang bengkokkan sikit bagi senang nak ambik corner, lepas tuh korang jgn ingat kereta jer buleh lowed motor pon buleh, depa lowed jugak depa kata Jepun tak reti, kalau lowed nanti senang sikit ambik lap. Kalau naik EX5 kan ada kotak angin, takmau depa tukaq letak air filter bagi angin yg masuk tuh bersih sikit, kusyen motor pon potong sikit bagi leper. Semua benda nih kepandaian org melayu, yang untung tokey kedai la, tiap kali nak modified pi kedai.
Kereta:
Benda nih aku selalu gak nampak tapi kat kampung la, signal kan kaler merah, so nak bagi nampak syok depa letakkan tinted hitam so nampak macam lampu hitam. Spring macam biasa la potong bagi rendah lagi, nak beli absorber yg buleh adjust tak mampu. Steereng kereta tukaq bagi jadi kecik lagi supaya nampak lagi sporty. Kalau kereta tu power steereng tak kisah, tapi kalau kancil tah la macam mana, sebab ada satu kes eksiden sebab stereng kereta susah nak control. Memacam la org melayu nih.
Mercun
Dulu kalau raya mesti dengar org main mercun, termasuk lah aku, tapi aku masa umur 11-12 tahun dah tak main sebab ayah aku marah. Mercun kalau yang dekat kedai bunyi kuat, tapi tak cukup kuat bagi bebudak kampung aku so depa modified, depa pakai belerang bunga api lepas tuh masukkan dalam besi paip ka takpon buat mercun sendiri, kreatif. Buat meriam jangan cakap la, buleh dengaq satu felda maunya.
Ni lah yang aku rasa area yg org melayu paling terer, aku tak tau la kalau korang ada yang lagi best.
* Jangan main mercun nanki kena tangan.
5 comments:
teringat aku pasal ex-5 budak² kat kampung aku :D ye melayu memang terer..
pd aku la, org melayu bkn tk kreatip/terer tp slalunye mende yg dorg wat tu tk diiktiraf oleh kerajaan. patutnye kerajaan kena salurkn kreatitviti dorg ke arah memajukan negara.
dioang nih kreatif dalam bab-bab mengubah suai badan sendiri sebenarnya..contohnya..jari ada 5 jadi 3, kaki ada 2 jadi 1 dan badan ada nyawa, jadi takde...
* ermmm tapi aku rasa melayu lagi kreatif dalam bab-bab menjahamkan bangsa sendri...tengoklah..santaulah.. pukaulah...tu tak kira yg tikam belakang, mengumpat dll.
truth_seeker:"* ermmm tapi aku rasa melayu lagi kreatif dalam bab-bab menjahamkan bangsa sendri...tengoklah..santaulah.. pukaulah...tu tak kira yg tikam belakang, mengumpat dll. "
ni name nye sifat hasad dengki tp mmg tk dinafikan sifat ini sgt t'kenal dikalangam org melayu.
pernah dulu terbaca artikel pasal genius man kat m'sia ni.apa nama tah p.cik tu.dia genius dlm bhgian rekacipta elektronik,robotik dll yg seangkatan..pada thun 80-an beliau telah mengusulkan satu ide ttg kereta kmudahan utk kereta.gue lupa ler idea tu..idenya ditolak mentah2 masa tu...tup2 1 2 thun yg lepas korea memperkenalkan idea tu semula..maka beliau sangat sedih..kenapa???kerana beliau tidak diberi peluang ketika itu..y??kerana sesiapa pon termasuk bangsa kita sndr masa tue tak yakin dengan kebolehan diri org melayu.takot2..skrg ni gue dgr beliau byk tolg org2 cacat dan kurang mampu bina hidop..tlg buat mesin putu mayung lah...kerusi roda berenjn mengikut kesesuaian pergerakan c cacat yg menempah ituuu..dll.may God bless him.aku dgr dia merajuk dgn 'bapa' kita pd zaman tue sebab kes ni..
p/s:encik plastisin org felda mana?
Post a Comment