Balik kampung, uish best nih..yg nih memang best. Dah sebulan lebih tak balik kampung. Aku kalau bab balik kampung paling best bila tiba hari yg nak balik tuh mesti rasa best semacam. Paling best kalau aku balik kampung aku suka bangun awal pepagi lepas tu termenung sat tengok bukit dekat dengan rumah aku. Fuhh…kalau semalam tuh baru lepas hujan, pagi tu rasa best ja…berkabus. Rumah aku nih rumah felda so taklah best macam banglo, tapi bestnya dekat sini udara memang best, angin jangan cakap, sekali datang macam sepoi-sepoi tuh.
Dulu kalau masa belum kahwin aku balik kampung aku sorang ja, la nih kenalah balik rumah mak mertua aku. Rumah mak mertua aku nih rumah taman, so kuranglah sikit dia punya feel tuh. Dulu rumah mak aku rumah papan, la nih dah jadi batu. Duduk kat felda nih feeling dia lain dari duduk kampung, kalau kampung rasa sunyi sikit(kampung aku la), lainla kalau Kampung Baru. Kat felda ramai penduduk so macam duduk kat taman jugak tapi rumah sebijik-bijik, tak main aaa rumah semi-d sapa nak kongsi dinding.
Aku kalau nak balik kampung nih, bab yg paling aku tak puas hati tol dengan minyak. Tol dah la mahal, minyak lagi. Selalu kalau aku balik, confirm RM 200 untuk kos pergi balik termasuk minyak, itu belum perut2 meragam lagi, dan buah tangan. Kira balik kampung nih perlu dimasukkan dalam bajet family jugak la. So tak boleh la nak balik tiap2 bulan. Tapi kalau dah rasa takdak arah sangat duduk kat KL nih memang aku cau balik kampung. Perjalanan memangla jauh, dahtu pakai 1 driver pulak,aku la tunggu wife aku buleh drive ja kalau buleh terus aku bagi dia drive. Pemandangan masa balik tak boleh nak cerita sebab aku jalan malam so nampak gelap jerla, tapi ader jugak hari yang aku balik pagi, pagi memang best kalau nak start perjalanan, selalunya time pukul 6 dan kebawah dan masa tuh dah dekat area Gua Tempurung, pemandangan memang best. Aku kalau balik memang jarang berenti, memang one shot sampai rumah terus, tapi dah ada baby nih aku berenti la jugak. So hujung minggu nih kat kg ler aku.
* Kalau kampung kat Bdr Tun Hussein Onn, tiap2 hari aku balik. kihkihkih...
* Minyak naik lagi nih, taktau la berapa pulak minyak untuk balik kampung.
5 comments:
Balik kampung mmg best! Dok kl ape ada? Balik2 itu jugak, tiap2 minggu pun kena hadap jam. Tapi betul la, skang ni monthly expenses aku, masukkan sekali budget balik kg. Utk aku sekali pegi-balik dalam RM80. Itupun bagi aku yg hutang sana-sini + gaji cukup2 makan je.. berat jugak tu. Sekarang ni 2 bulan sekali aku balik. Hahahaha..
mmm..korang memang. 2 bulan sekali baru nak balik kampung? apa nak jadi nih? najib? aku buleh kata tiap² minggu balik kampung. ada masa² tuh 2-3 kali seminggu :-P
eh banyak belh buat kat kl nih scab masa weekend. contohnya main game...err ke tuh aktiviti yang tak berapa best?
nasib baikla kampung aku quite dekatla jgk.. habis seratus je la paling bnyk utk modal balik, so sebulan sekali je la aku balik kampung.. nama tempat parent kau je dah bandar tun hussien onn fiz, mcmana la nak cakap "balik kampung"
ek eleh truth_seeker.. kampung kat kl bleh ler balik tiap2 minggu. hari2 nak balik pun bleh.
main game tu aktiviti yg tak brapa best la pd aku. game ape je aku nak main? Snake kat hp? Solitaire? Free Cell?? hehehehe..
bestnya balik kg...lg best kg k dekat jek ngan wife ko..so takde masalah...hehe aku balik kg pegi balik RM50 jek...itupun skang dah jarang balik...dulu tiap2 minggu balik...skang sbb tekde duit...expanses bertambah2 huhuhu...windu kat mak ayahhhh...huarggghhhhh
eh hafezh..ko dikira balik kg ke??? ;p
Post a Comment