Agak malang agaknya nasib famili aku minggu lepas. Dah seminggu anak aku kena diarrhea, dan mangsa kedua ialah bini aku. Minggu lepas punyalah siksa sebab hari Jumaat minggu lepas tu kereta aku dah buat hal, so aku pi lah bengkel betulkan aircon. So balik dari bengkel tuh aku jengok2 lah sat kat Bandar Mahkota Cheras, nak cari rumah baru. So balik dari mahkota cheras aku bawak bini aku pi sekali lagi Mahkota Cheras. Lepas pi tengok, balik pulak rumah nak tengok anak aku, balik ja, adik aku bagitau Haziq cirit-birit.so kami ingat cirit-birit sebab susu so semua buat ok ja. So malam tuh bermulalah episod tak cukup tidoq semua orang, masa tuh badan Haziq dah start panas dah, so kami tuamkan sikit badan dia, so ok la sikit tapi esoknya suhu naik mendadak jadi 39 darjah celcius. Aku mula menggelabah sebab teringat kalau budak demam panas boleh mati ataupon terencat akal. So aku cepat-cepat la bawak pi klinik, memula memang ingat nak pi klinik tapi wife aku cakapdia ada GL dari BCB so kami bawak Haziq pi Ampang Putri. Masuk ja jumpa doctor, anak aku terus disahkan kena diarrhea. Anak kena tahan kat wad, nak tak nak emaknya pon kena duduk wad sebab nak jaga anak. So duduk la wife aku kat wad tuh 2 hari, hari ketiga dah boleh balik. Anak aku kena masukkan air sebab doctor cakap kurang air. Hari Ahad tuh lepas anak aku masuk wad aku balik rumah ambik semua barang untuk depa, lepas tuh aku mintaklah kat wife aku nak pi kenduri Pizli, memula tuh dia tak bagi pi sebab dia kata jauh, takut aku balik lambat. So aku cakap la sebab aku dah janji tapi dlm hati aku rasa bersalah jugakla sebab anak aku tengah demam dan cirit birit aku nak pi kenduri pulak. Tapi last sekali aku pi jugak, lepas aku pi amik Hfezh kat Tun Hussein Onn aku pi ambik Keon pulak. Lepas tu kati tiga ekoq pi rumah Din sebab dah janji nak pi dengan kereta Din. Sampai kat rumah Din kami tak tunggu lama kami naik ja kereta Din terus pi Sungkai. Dan aku memang tak bernasib baik hari tu sebab kereta Din rosak.tengah jalan lagi 20-30 km nak sampai rumah Pizli. Nasib baik la pengantin dah off, o dialah yang mai ambik. Petang tuh kami bali naik trak tunda.
Hari Selasa aku pi ambik anak aku, aku tengok dia dah ok. Sebenarnya hari pertama lagi dah ok sikit. Tapi berak masih sama jugak cirit birit, cuma dah tak muntah. Masa nak ambik tuh aku terkejut sebab tengok bil sampai dekat 2k. tapi aku bayaq RM137 ja sebab aga gurantee letter dari BCB. Balik rumah aku masih tak puas hati pasal bil tuh sebab anak aku baru masuk wad dengan tambah air lepas tuh ada la ubat sikit. Tapi nak buat macam mana hospital swasta. Malam merdeka kami semua dok rumah, tidoq awal, hari merdeka pon tak buat apa-apa. Semua lepak tengok TV. Keesokkannya hari Khamis anak aku dah sakit balik, asyik merengek dari malam sampai ke pagi. Pepagi lagi aku dah pi kerja tengahhari tuh aku ambik halfday. Balik rumah sat lepas tuh aku cakap kat bini aku , aku nak bawak balik kampung pi klinik pakar kat Kedah. So petang tuh jugak aku bertolak balik Kedah.
Sampai kat Kedah lebih kurang pukul 8 malam. Aku terus pi klinik pakar kanak-kanak, dah la penat drive, klinik tutup pulak hari tuh. Terpaksala balik dulu rumah, alhamdulillah, sebab masa dalam perjalanan anak aku ok ja, dia tidoq dari KL sampai Kedah. Perut dia pon dah ok secara tetiba, Cuma berak masih jugak berair. So malam tuh lepakla kat rumah mertua. Esoknya aku bawak jugak pi klinik, doktor kata dah ok Cuma la ni kena pakai susu tanpa laktosa, hmmm.....beli susu lah lagi. Nasib aku memang kurang baik, wife aku pulak sakit perut, dia pon sama macam anak aku jugak bila berak cair ja. Nasib baik aku tak kena. Hari balik KL wife aku nampak tak larat sgt, so aku suruh dia rehat kat seatt belakang, ala memang dia duduk belakang pon ngan Haziq, nasib baik anak aku jenis kalau naik kereta mesti tidoq, so tak la dia kacau mak dia yg tengah sakit perut tuh. Aku balik KL sampai dalam pukul 8.15 malam. Pagi tadi masa naik train dengan wife aku dia kata tak larat sangat sebab sakit perut. Hmmmmm…..takkan lepas wife aku, aku pulak kena diarrhea, takut jugak nih.
* Amalkan hidup sihat .
5 comments:
dah tau ke belum punca diarrhea tuh?
punca belum diketahui...sebab semua benda yg aku makan dan minum dalam rumah tu ok ja.
hmmm maybe ketahanan ko lebih dari wife n anak ko kot...
hang toksah cakap laa... tolak batu , kayu ngan bangkai jer hang tak tibai... perut hang tuh masuk semua...
aik mana hang tau! aku kalau bab makan no 2 lepas main game, hehehehe. tapi aku pon heran aku tak buleh gemuk sebab makan...tuh aku tibaii makan buat tak tau tuh.
Post a Comment